Friday, November 20, 2009

Memilih Kamera DSLR

Sebagai pengguna yang mahu bertukar kepada kamera digital SLR (DSLR), anda perlu tahu beberapa perkara.



KAMERA DSLR menawarkan kawalan sepenuhnya ke atas imej yang bakal dihasilkan.

ANDA menghadiri majlis perkahwinan teman rapat anda. Selepas menunggu, kedua mempelai yang diraikan pun tiba. Anda merupakan antara puluhan jurugambar yang sibuk mengambil foto pasangan untuk diabadikan sebagai kenangan hari bersejarah.

Namun, tiba-tiba anda merasa begitu kerdil apabila lensa-lensa yang dihalakan ke arah pengantin merupakan lensa Digital SLR (DSLR). Ditambah pula apabila hasil gambar anda agak kurang memuaskan setelah dimasukkan ke dalam komputer. Jauh di hati kecil anda mula terdetik untuk memiliki kamera DSLR.

Memang tidak dapat dinafikan kualiti yang dihasilkan oleh kamera digital kompak hari ini jauh lebih baik daripada kamera digital era 90-an. Malah saiznya yang kecil memudah ia disimpan di dalam kocek atau disisip di pinggang. Ia cukup sesuai untuk dibawa ketika melancong atau menghadiri majlis-majlis keraian.

Mengapakah kamera DSLR yang saiznya jauh lebih besar (dan kelihatan lebih profesional) dan agak menyukarkan untuk dibawa ke mana-mana masih menjadi pilihan golongan jurufoto profesional?

Golongan ini memilih DSLR kerana ia menawarkan kawalan sepenuhnya terhadap imej yang bakal dihasilkan. Malah, ia turut menawarkan pilihan untuk menukar lensa bagi memenuhi kehendak persekitaran tertentu.

Kebelakangan ini, pasaran kamera digital telah mengubah pandangan umum terhadap kamera yang dahulunya yang mampu dimiliki oleh golongan profesional. Mungkin kerana harganya yang agak tinggi.

Dengan kemasukan model entry-level yang berharga lebih murah berbanding kamera DSLR, ramai rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk memiliki kamera yang mampu memberikan mereka kepuasan.

Langkah pengeluar kamera DSLR seperti Nikon dan Canon menawarkan model seperti Nikon D80 dan Canon 40D, yang berharga sekitar 1/3 daripada harga model yang lazimnya digunakan oleh profesional.



PASTIKAN kamera DSLR yang anda pilih berciri mesra pengguna memandangkan anda pengguna pertama.

Apakah ciri-ciri yang wajar diberikan perhatian sebelum membuat keputusan membeli kamera DSLR?

Mesra pengguna

Memiliki kamera DSLR memerlukan kesabaran khususnya dalam memahami fungsi-fungsinya.

Pastikan anda memegang kamera dengan kemas untuk merasai berat sebenarnya. Butang putar shutter dan aperture seharusnya mudah untuk dicapai dengan jari tanpa memerlukan anda mengalihkan pandangan daripada skop pandangan kamera atau viewfinder.

Megapiksel

Resolusi kamera atau megapiksel merupakan ukuran yang menentukan saiz cetakan gambar anda, namun kualiti gambar sebenar terletak pada sensor imej di dalam kamera. Kebanyakan kamera DSLR mempunyai setidak-tidaknya 10 megapiksel.

Anda mungkin mahu memilih jenama yang telah lama berada di pasaran kerana selain sudah terbukti keunggulan kualitinya. Selain itu, maklum balas positif dari pada golongan profesional terhadap binaan sensor turut menguatkan lagi penjenamaan sesebuah kamera itu.

Skrin LCD

Skrin LCD membolehkan kita melihat hasil kerja kita selepas memetik butang shutter. Ketika awal era DSLR, skrin LCD yang terdapat pada kamera agak kecil dan menyukarkan untuk melihat gambar yang diambil.

Hari ini, skrin LCD bersaiz sehingga tiga inci memudahkan kita melihat sebarang kecacatan pada gambar yang diambil.

Terdapat beberapa model DSLR yang menawarkan ciri live view – satu ciri yang tidak terdapat pada kamera DSLR sebelum ini. Ciri yang sama dengan skrin pada kamera digital kompak ini membolehkan kita mengambil gambar dari sudut yang sukar, tetapi pada masa yang sama memastikan subjek yang ingin diambil tidak keluar fokus. Ada juga skrin LCD yang boleh dipusingkan bagi membolehkan kita melihat subjek walaupun berada dalam sudut yang mustahil diambil oleh kamera DSLR lain.

Variasi lensa

Satu kelebihan DSLR ialah pengguna boleh menukar lensanya dengan jenis lensa lain bagi memenuhi keperluan persekitaran.

Misalnya, peminat fotografi sukan boleh menukar kepada lensa telefoto, manakala jurugambar majlis perkahwinan menggunakan lensa wide bagi mengambil sanak-saudara mempelai.

Luangkan sedikit masa melawat laman web pengeluar lensa pihak ketiga yang menawarkan harga yang lebih rendah berbanding lensa yang dihasilkan oleh pengeluar badan kamera itu sendiri.

Semak dengan pengeluar seperti Tamron, Tokina dan Sigma sama ada mereka mempunyai pilihan lensa untuk model kamera yang anda ingin miliki.

Thursday, November 19, 2009

Posisi Gambar Terbaik

Hari ni aku nak kongsi tips untuk mengambil gambar yang lebih baik. Perkara ni merupakan perkara paling asas dalam kaedah mengambil gambar dengan cara yang betul:) Jadi ia mmg tak sesuai kepada sesiapa yang dah terer amik gambar. Photographer2 sila beredar ye. Syoh syoh,hahaha.

Rules Of Third (RO3)

Mengikut peraturan RO3 ini, kita cuba ELAK meletakkan subjek sama ada manusia, haiwan dan benda ditengah2 gambar. Jadi sebelum korang tangkap gambar cuba bayangkan satu garisan melintang dan menegak dibahagi 3 seperti gambar kat bawah ni. (Kebanyakkan kamera digital dah ada fungsi ini)


Asas dalam Rules of Third (RO3)


Titik pertemuan tu di kenali sebagai ‘Point of Interest‘ yang kita kena letak subjek. Kalau kita taruk subjek kita kat situ impak gambar yang kita ambil akan lebih kuat dan biasanya gambar akan kelihatan lebih menarik, tertarik ko memang de..(apa aku mengarut ni!, fokus fokus)

Ingat lagi tak dulu kita selalu kalau pi mana-mana amik gambar mesti nak taruk orang tu kat tengah2. Pastu kalau orang tu amik gambar jauh tak nampak muka kita bising. Siap cakap “ Wei, ko ni tak tau amik gambarlah, muka aku tak nampaklah wei. Kecik sangat ni!!”,hehe.

Mari analisis gambar kat bawah ni mengikut kaedah RO3.


Gambar tak ikut RO3 *gambar dari En Google


Gambar camtulah yang kita selalu amikkan? Sebenarnya takde masalah gambar camtu. Akupun kekadang amik gambar camtu gak. Cuma ia tidak mengikut RO3 lah. Sebab kalaulah aku pergi London ke, Tokyo ke, New Zealand ke pastu amik gambar camtu orang bleh pertikaikan.

“Tipulah ko gi London, ni macam kat segamat je”, “Apesal gambar kat Jepun ko ni macam kat tepi Upwell je” dsb, hahaha. Memang betul cakap dia sebab aku punye gambar dah penuh satu gambar tu. Background nampak sikit je. Kata nak tunjuk gambar kita kat situ, jadi kenalah jadikan background tu main subject kita.

Sebab tu aku pelik kekadang orang suka sangat nak nampak muka dia jelas dan besar dalam gambar. Padahal suasana atau background tu lah yang menguatkan cerita dalam gambar tu. Asalkan kita tahu dalam gambar tu ada kita sudah cukup. Kalau nak tengok muka jelas sangat amik je gambar ala-ala gambar friendster yg guna kamera hp dari atas cam budak remaja belasan tahun tu,hahaha.

Ni antara contoh gambar yang mengikut RO3 yang betul. Sebenarnya ia boleh diaplikasikan kat mana2 sama ada gambar pemandangan, outdoor, potret dsb.


Gambar tasik 2/3 dan langit 1/3 dari gambar *gambar En Google


Gambar pengantin yang aku sengaja letak kat tepi dan follow RO3


Gambar outdoor portraiture yang juga follow RO3 *gambar by Hellmy


Gambar ni juga aplikasikan RO3 *gambar En Google.


Kalau lihat gambar-gambar di atas, kita boleh lihat subjek diletakkan 1/3 daripada keseluruhan gambar. Bukan setakat vertikal tetapi juga horizontal yang biasanya menjadi latar belakang turut mengikut peraturan RO3 ini.

Sebenarnya banyak lagi bab untuk memperbaiki komposisi mengambil gambar ni seperti leading lines, shadow, pattern & shape, reflection dan foreground frame. Semua tu membantu mendapatkan gambar yang lebih menarik dan mengikut peraturan yang betul. Tapi sebagai asas RO3 adalah satu permulaan untuk korang semua cuba.

Memang kita boleh bila-bila masa ‘break the rules’ dalam mengambil gambar ni. Tapi kalau rules tu pun tak reti, apekejadah nak break rules,hahaha. Contohnya kalau nak letak subjek kat tengah2 pastikan kiri dan kanan subjek adalah seimbang dsb. Akhirnya, benda ni hanyalah sebagai panduan. Supaya kita dapat hasilkan gambar lebih baik. Tapi kalau taknak ikut ye takpelah. Sekurang-kurangnya korang tahu peraturan tu ada :) ngat Xdak Juaiii nye!!!